alhamdulilah syukur tak terhingga akhirnya ibu dan ayah yang pergi mngerjakan haji selamat pulang ke tanah air semula pada jam 8.00 malam semalam.bagi aku dan adik tidak terhingga perasaan berkobar2 hingga membuak-buak menanti kepulangan mereka di rumah ini.Hajat mmg ingin menjemput ibu dan ayah di international airport penang tetapi ibu dan ayah telah cancelkan ticket mereka ke penang kerana adik bongsu ayah yang tinggal di kl ingin menghantar pulang ibu dan ayah terus ke rumah.
Sebaiknya ibu dan ayah sampai menjejakkan kaki mereka di hadapan rumah aku lah org pertama yang memeluk ibu sekuat hati bagai melepaskan rindu selama sebulan sehingga berlaku pertumpahan air mata meyembah bumi.hehe..terasa bagai mimpi melihat ibu dan ayah pulang semula ke rumah ini.menghitung hari detik demi detik menjadi title old entry post aku yang lalu telah tamat di hitung kini tiada lagi calendar di bilik aku,kah3 !
Mendengar pengalaman ibu mengerjakan haji amat beza sekali dgn pengalaman mengerjakan umrah pada tahun lepas.sayu sekali mendengar celotehan ibu dgn suara agak serak2 basah akibat pertukaran cuaca.hati ini tatkala itu seperti mengimbau kenangan berada di masjidil haram.terasa tak sabar lagi ingin dijemput allah sebagai tetamu tanah sucinya buat kali kedua,insyallah suatu hari nanti ;)
Rasanya cukup setakat ini dulu mengenai kepulangan ibu dan ayah ,entry setrusnya akn di updatekan ,sila tggu dan lihat.tetapi aku tak jamin lah dlm dua tiga hari ni aku dpt update seperti dahulu kala,hal ini amat tidak boleh di elakkan kerana aku terpaksa berulang alik ke kulim menjeguk dan menolong apa yang patut di rumah pak cik aku yang bakal berlangsung kenduri kahwin anak sulung beliau.
..................................................................
kesepian seorang sahabat amat dirasai ,terasa bagai baru semalam membuka ruang baru dan tercipta sebuah kasih sayang..TAPI .....
salam dan sayang setulus ikhlas buat semua pembaca setia <3