Thursday, December 31, 2009

Muzik dari jiwa,cerita sepurnama canda dan menangis.

Kehadiran tahun baru bakal menjelma tak kurang beberapa jam sahaja lagi, kita semua bakal meniggalkan tahun2009 dimana tahun yang penuh suka dan duka buat semua orang.Jadi marilah kita beramai-ramai memasang azam yang baru untuk tahun yang baru.Saya berharap azam saya untuk membahagiakan kedua ibu bapa saya menjadi kenyataan dengan izin allah :) ..

Tahun 2009 yang pernah menjadi sejarah pada saya dan keluarga dimana suatu ketika di pertengahan tahun menjadi suatu kejutan pada kami dan keluarga .*Agak trauma.Saya tidak pernah menceritakan di belog ini mengenai ayah saya di masukkan ke hospital atas perbuatan kejam manusia yang patut digelar berhati busuk ataupun perangai seperti mengalahkan haiwan liar !Belum puas hati saya selagi saya tidak mengetahui apa tujuan sebenar si binatang itu menyerang ayah saya dengan kejam sekali,tidak terfikirkah suatu hari nnti akan menerima pembalasan.Disetiap kali doa saya dipanjatkan pada allah yang maha berkuasa ,tidak pernah terlepas saya mendoakan agar kami sekeluarga dilindungi allah.

Walaupun si binatang lakhanat itu tidak mengetahui saya menulis blog ini,saya mengharapkan sepanjang kehidupan si binatang ini dia tidak pernah bahagia atas perbuatan yang terlampau kurang ajar bagi saya dan keluarga.I HOPE :)

...........close story bout sejarah hitam ini.........

Jadi ,saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua rakan-rakan saya.Jika terkasar bahasa mahupun perbuatan mohon dimaafkan.Saya berharap juga tidak menemui lagi rakan-rakan yang buat saya seperti MESIN ATM mereka.*faham ke maksud saye ?isk,maksud saye rakan-rakan yang bila perlu cari saya,bila tak? menyepikan diri sehingga lah melangkah tahun baru ini.Oohh god !Terlalu kecik hati untuk ini.


Entry kali ini adalah entry penutup buat blog saya pada bulan december ,tahun 2009 .Kalau esok lusa entry baru buat tahun yang baru.Kemungkinan saya tidak dapat mengupdatekan blog saya ini seperti sedia kala ,sebabnye ibu dan ayah sedikit pun tidak memberi belas kasihan untuk melayari ruangan internet bagi calon peperiksaan spm seperti saya ini.Buat pengetahuan ramai saya calon spm tahun2010 haha !dengan banganya ! :P


Okay ,saya nk keluar hirup udara segar sebentar .setelah pulang dari beach xhirup-hirup pun udara segar dikawasan perumahan saya ini,rumah i perkampungan tau*jgn pandang rendah disini :P
Baiklah !mari cakap kuat-kuat dengan bahagianya SELAMAT TINGGAL 2009 ! hooyeh !puas rasanya,tapi belum sampai waktu lg laa,tapelah aku dah say goodbye pun.huheee..


Salam sayang buat rakan-rakan yang tak pernah melupakan saya.saya juga sayang kamu semua.